"Bismillahirrahman nirrahim. Pada hari ini, xxxxxxx, saya xxxxxxx, No Kad Pengenalan xxxxxxx dengan ini sesungguhnya dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang berikrar dan bersumpah seperti berikut.... A'uzubilahiminasyaitanirrajim. Bismillahirrahman nirrahim. Wallahi... Wabillahi.... Wata'alahi. Saya bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh xxxxxxx pada xxxxxxx iaitu pada tarikh tersebut xxxxxxx telah memasukkan zakarnya ke dalam lubang dubur saya. Jika saya berdusta, atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah dan saya sanggup menerima azab, laknat dan kutukan daripada Allah hingga ke kiamat. Wallahualam."
1. Liwat 'tu perlu ditakrifkan secara khusus. Kalau tak disebut "masukkan zakar ke dalam dubur" maka pendengar/pembaca akan fikir bahawasanya memasukkan jari ke dalam lubang hidung itu perbuatan liwat.
2. Perlukah disebut "lubang dubur"? Setahu saya, dubur itu sememangnya lubang.
3. Kalau sudah empunya diri hendak buka pekung sendiri, di atas nama mencari keadilan, maka saya hanya mampu tersenyum.
4. Bagaimana agaknya "diliwat secara paksa"? Adakah diikat kaki dan tangan? Diberi minuman memabukkan lantas tidak berupaya melawan? Menggesel-gesel kemudian 'opocot termasuk pulak'?
Satu lagi isu halusinasi untuk Mega Perdana 2008.
0 comments:
Post a Comment