Berjalan ketika pagi
Memerun ketika panas
Menuang ketika cair
Berbeban selagi berdaya
Membahan selagi padan
Meramu selagi mau
Melihat sebelum buta
Mendengar sebelum pekak
Bertanya sebelum bisu
Kerana kilat tak kan terjiat
Kerana cahaya tak kan tersangga
Kerana umur tak akan terukur
Bila lepas kijang ke rimba
Diunut pun sia-sia
Bila hidup di pintu rimba
Tak berguna segala sesal
0 comments:
Post a Comment